Momogunology Forum  - 


This site ( MOMOGUN FORUM) is for forum lovers eager to discuss anything positive on Momogun Ethnic and its people. Share with us on anything especially related to Momogun people positively.
 
IndeksPortalGalleryPencarianLatest imagesPendaftaranLogin

< class="" height="25"> Pencarian
 


 Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Forum
Latest topics
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology Empty1/1/2009, 6:38 pm by bushido
Para pembaca yang terhormat,


Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.

Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?

untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak memberikan maklumat dalam dunia kemasyarakatan Momogun Rungus pada masa kini tanpa perlukan bantuan DANA dari sesiapapun. Momogunology dibangun dengan cara yang berbeza dari semua hampir kesemua situs web Rungus yang lain. Momogunology secara rasminya di daftarkan pada tahun 2007 sebagai sebuah organisasi atau syarikat penerbitan dan penyelidikan buat Momogun Rungus atas inisiatif dan rasa kecintaan kepada bangsa Momogun Rungus.

Sungguhpun demikian kami hanya memiliki sedikit petugas, hanya dua orang dan yang selebihnya adalah rakan dan juga pengguna sumber dari Momogunology. Sementara isi dan sumber Momogunology adalah diatas tanggungjawab pihak Momogunology untuk digunakan oleh siapa pun dan untuk apapun bagi suku dan masyarakat Rungus.

Biaya operasi tahunan kami kurang dari RM3000 setahun dalam pelbagai aktiviti namun pada tahun 2009 ini, pihak Momogunology sesuai dengan permintaan akan merancakkan lagi daya usaha seperti menemubual dan merekodkan pelbagai maklumat dari pelbagai pihak di kalangan masyarakat momogun Rungus. Pada hujung tahun 2008 pihak Momogunology melakukan temubual dan datang ke beberapa tempat untuk menjalankan tugas mendokumentasikan kesusasteraan Momogun Rungus. Dua orang petugas menjalankan tugas ini dan sungguhpun tidak mampu menyelesaikan 100% sasaran tetapi kami berjaya menyiapkan 85% daripada tugasan yang kami rancangkan.


Untuk pengetahuan kita semua, Momogunology dioperasikan oleh Momogunology Research Centre, yang saya dirikan pada tahun 2007.

Momogunology bersikap terbuka dalam usahanya untuk menggerakkan komunitas rungus seluruhnya dan komitmen kami adalah untuk membagikan pengetahuan secara bebas dan khusus mengenai Kebudayaan Rungus.

Usaha ini saya mulakan pada tahun 1998 selama kira-kira sepuluh tahun yang lalu dan saya berterima kasih kepada beberapa pengguna sumber Momogunology seperti dalam pautan yang ada dalam Momogunology Forum ini. Tidak kurang juga kami memerlukan para sukarelawan untuk dapat bersama-sama mengongsikan pelbagai maklumat dalam forum ini.

Momogunology sebenarnya lebih dari sekadar sebuah web dan forum biasa. Momogunology adalah satu gerbang penelitian, penyelidikan, pendokumentasian, penerbitan dan sebagainya dari perspektif Momogun Rungus sendiri dan bukan dari perspektif orang lain.

Team Momogunology saling berbagi tujuan dengan sesiapa saja kelompok Momogun Rungus untuk mengongsikan segala pengetahuan TRADISI mahupun ILMU MODEN dengan bebas.

Itu adalah komitmen Momogunology.

Sumbangan idea, pendapat dan sebagainya dari anda membantu kami dalam beberapa cara. Momogunology berkomitmen atas pengembangan gerakan pengetahuan bebas di seluruh masyarakat Momogun Rungus, dengan mendidik para generasi baru baik siswa-siswi mahupun pelajar menengah dan membangun kebudayaan yang strategis dengan ilmu-ilmu tradisi dan moden, membantu pertubuhan kebudayaan dan pendidikan dalam masyarakat Momogun Rungus dan sebagainya.



Momogunology sangat berbeda. Momogunology menjadikan satu komitmennya iaitu KEARAH MEMBANGUN ENSIKPLOPEDIA KEBUDAYAAN TERBESAR dalam sejarah Kaum Momogun Rungus, dari pihak kami untuk anda yang di cintai.

Kami ingin Momogunology bersifat bebas dan kuat dalam kedudukan identiti kebangsaan, tapi kami memerlukan dukungan dari pelbagai sumbangan sejarah lisan asal-usul kampung anda, kesusasteraan tradisi, bahasa Momogun, seni arkiteks tradisi, ajaran agama labus dan sebagainya.

Saya mengundang Anda untuk bergabung bersama kami. Sumbangan Anda akan membantu agar Momogunology terus dapat mendukung kebudayaan dan tradisi Momogun Rungus untuk tatapan dan panduan di masa mendatang.



Terima kasih,


Lumungking Jr


Comments: 3
Statistics
Total 54 user terdaftar
User terdaftar terakhir adalah Frin Toni

Total 1180 kiriman artikel dari user in 207 subjects
User Yang Sedang Online
Total 6 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 6 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 51 pada 14/11/2009, 8:28 pm