Momogunology Forum

This site ( MOMOGUN FORUM) is for forum lovers eager to discuss anything positive on Momogun Ethnic and its people. Share with us on anything especially related to Momogun people positively.
 
IndeksPortalCalendarGalleryFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin
Top posters
bushido
 
randagan
 
Admin
 
myki
 
Enuvung
 
paraivagas
 
nikhmedia
 
bon
 
Ferr
 
Randavi
 
Latest topics
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
Momogunology Links

MOMOGUNOLOGY GROUP  

Momogunology Centre

Momogunology Blog

Randagan Extra Blog

The Rungus Times

Resipi Momogun

Momogun Chat Room


TAMU ONLINE TOKOU
Momogun Trade Union

 

MOMOGUN SANDAD
Rungus Education
Sabah's Last Frontier
Rungus People Blogspot

Sahabat Felda Forum
Mikakambai Forum

 

SABAH FORUM

I love Sabah Forum

Sabah Forumotion

Nunuk Ragang Forum

Sabah Forum

Kadazandusun Forum

 

NEWSLINK

New Sabah Times
Sabah Daily Express
The Borneo Post Online
Malaysia Kini
Berita Harian
Utusan Melayu

User Yang Sedang Online
Total 1 user online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 1 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 51 pada 14/11/2009, 8:28 pm
< class="" height="25"> Pencarian
 


 Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Perkenalkan diri.. jom
22/9/2008, 1:15 am by Admin
testing post

Comments: 60
Tulun kimaragang mantad KUS
24/6/2009, 4:49 pm by rumputt
Pertama sekali menorimakasi oku sid tuan admin sbb menuduk do lalan kumaa siti. Ong aso ih kesalaaan nah aeingin oku dot mogom-ogom poh siti...kaakalu ong waro poh tongo kuukupi hihihi!!! Very Happy

Comments: 2
Kakitangan Rasmi Momogunology Research Centre [MRC]
2/1/2009, 9:34 pm by bushido
Kepada pembaca yang terhornat,

Di sini pihak pengurusan Momogunology mengumumkan bahawa rakan rasmi dan tetap Momogunology baru 1 orang iaitu seperti senarai di bawah:

1. Ie. Randagan

Tugas-tugas tobpinai Randagan ialah dalam bidang:
- Kesusasteraan Kodori Momogun dan di bantu oleh saya
sendiri Ie. Bushido
- Kayu dan Herba Momogun


PERHATIAN:

kepada sesiapa yang berminat bergabung …

[ Full reading ]
Comments: 6
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology
1/1/2009, 6:38 pm by bushido
Para pembaca yang terhormat,


Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.

Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?

untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak …


[ Full reading ]
Comments: 3
Kopivosian Tadau Kinosinaan
3/1/2009, 4:54 pm by bushido
Saya ingin ucapkan Happy Birthday kumaa tobpinai Randagan.

ndak lama lagi tu... 1 hari lagi sampai sudah tadau kinosinaan.

Comments: 5
Momogun Pitas
11/1/2009, 8:42 pm by pinsan
Bah mari lah bah kenal2 sama saya..orang momogun dari pitas juga bah ni.

Oh ya kpd tuan admin, saya ada meleetakan nama forum tuan di website saya seperti di signature saya tu.

Comments: 3
kopivosian rumikot kumaa momogun sandad
18/10/2008, 8:46 pm by Admin
kopivosian kumaa ahli momogun sandad...

selamat bergabung...

Comments: 3
Di sebalik kehidupan ini...
23/11/2008, 11:37 am by Admin
Saya masih ingat masa saya kecil. Keluarga saya besar dengan adik-beradik yang ramai. Makanan harian kami jarang sekali makan daging setiap hari sayur (pelbagai jenis sayur yg tiada dijual di pasar kerana terdiri daripada sayur tradisional yang hanya dapat diperolehi di hutan sahaja).

Dari pada rebung buluh sehinggalah kepada tivak polod, tomborua yang pahit, betik, jantung pisang dan …


[ Full reading ]
Comments: 5

Share | 
 

 Ogumu Tulun molzobi-lzobi mimbalzanja siin

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Ogumu Tulun molzobi-lzobi mimbalzanja siin   3/1/2009, 9:30 am

Ramai rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan

KUALA
LUMPUR 17 Nov. - Sebahagian besar rakyat negara ini berbelanja lebih
daripada pendapatan tahunan mereka untuk membeli produk yang bukan
merupakan barangan keperluan asas.

Menurut kajian Indeks
Keutamaan Pembelian Pengguna yang dijalankan oleh MasterCard Worldwide,
sejumlah 79 peratus rakyat Malaysia berbelanja lebih 10 peratus
daripada pendapatan tahunan mereka atas barangan seperti kasut, pakaian
dan aksesori manakala 15 peratus membelanjakan lebih 40 peratus
daripada gaji tahunan mereka untuk barangan yang sama.

''Kira-kira
59 peratus akan dibelanjakan untuk tujuan hiburan dan makanan, 49
peratus untuk pelancongan dan fesyen manakala 42 peratus dihabiskan
pada aksesori untuk tempoh 12 bulan akan datang,'' demikian menurut
satu kenyataan di sini, hari ini.

Kajian itu juga menunjukkan 70
peratus pengguna di rantau Asia Pasifik akan mula mengehadkan
perbelanjaan mereka terhadap barangan sebegini pada tahun hadapan.

Hiburan
dan makanan merupakan yang paling utama dalam perbelanjaan pengguna di
11 daripada 14 buah negara di Asia Pasifik kecuali di India, Korea dan
Filipina yang mana kebanyakan pendapatan tahunan mereka dibelanjakan
bagi pendidikan anak-anak, tambahnya.

Taiwan, Filipina dan Korea
didapati antara negara yang akan mengurangkan perbelanjaan mereka
berbanding New Zealand, Australia dan China yang menunjukkan sikap daya
tahan pada tahun hadapan.

Kajian tahunan yang membabitkan kira-kira 6,019 pengguna di 14 buah pasaran di Asia Pasifik dibuat sepanjang September lalu.

Dari
segi jantina pula, 69 peratus pengguna lelaki didapati kurang cenderung
untuk mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding wanita yang akan
mengehadkan 71 peratus perbelanjaan mereka.

Golongan yang
berusia 30 tahun ke bawah juga didapati kurang cenderung untuk
mengurangkan perbelanjaan mereka berbanding mereka yang berumur 56
tahun ke atas.

Diambil dari: www.utusan.com.my









Terakhir diubah oleh bushido tanggal 3/1/2009, 9:37 am, total 1 kali diubah
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Ogumu Tulun molzobi-lzobi mimbalzanja siin   3/1/2009, 9:31 am

Belajar berbelanja ikut kemampuan pendapatan

Oleh Nassrul Hakim Md. Jani (Utusam Malaysia)

beberapa
minggu lepas penulis dihubungi oleh seorang rakan yang sudah lama tidak
berjumpa untuk meminjamkannya sedikit wang untuk membayar hutang
'along' dalam masa terdekat. Penulis tertanya-tanya, bagaimana seorang
yang bergelar siswazah dan memegang jawatan sebagai eksekutif di
syarikat swasta terkemuka boleh terlibat meminjam wang dengan along.

Sekiranya
seorang eksekutif yang bergaji besar terperangkap dengan along,
biasanya mereka sudah berbelanja terlalu berlebihan daripada kemampuan.
Seseorang yang bergaji tetap biasanya mempunyai beberapa pilihan
sekiranya memerlukan wang antaranya ialah pinjaman peribadi dan kad
kredit.

Tetapi bagi mereka yang sudah terlalu banyak meminjam
dan potongan gaji sedia ada terlalu tinggi maka mereka tidak diterima
lagi untuk membuat pinjaman pada institusi-institusi kewangan yang sah.
Biasanya institusi kewangan mensyaratkan mereka perlu mempunyai baki
gaji tidak kurang daripada 40 peratus. Maka pada saat ini mungkin
mereka akan mencari along.

Sebenarnya masalah berbelanja lebih
daripada kemampuan adalah sesuatu yang membelenggu golongan pertengahan
seperti golongan siswazah yang memegang jawatan sebagai eksekutif,
pegawai tadbir, pensyarah dan jawatan yang setaraf dengannya.

Biasanya
bagi golongan bawahan, mereka memahami situasi dan kemampuan sebenar
dan tidak berbelanja lebih. Tetapi golongan pertengahan yang kerap
berbelanja melebihi pendapatan.

Menurut kajian "Indeks Keutamaan
Pembelian Pengguna" yang dijalankan oleh MasterCard Worldwide
menunjukan sebahagian besar rakyat negara ini berbelanja lebih daripada
pendapatan tahunan mereka untuk membeli produk yang bukan merupakan
barangan keperluan asas. Laporan ini disiarkan Utusan Malaysia pada 17
November 2008 yang lepas.

Antara perbelanjaan terbesar yang
dilakukan oleh seseorang individu ialah membeli kereta. Biasanya kereta
yang menjadi pilihan golongan siswazah yang baru memasuki alam
pekerjaan adalah kereta yang berharga dalam lingkungan RM45,000 hingga
RM65,000. Kereta yang berada dalam lingkungan ini ialah seperti Perodua
MyVI, Proton Wira, Proton Gen2, Proton Waja dan beberapa model lain.

Biasanya
seseorang yang merancang untuk membeli kereta hanya mengira bayaran
ansuran bulanan semata-mata tanpa mengambil kira pelbagai kos lain yang
terlibat apabila mereka menggunakan kereta.

Contohnya, jika gaji
mereka ialah sebanyak RM2,000, setelah ditolak semua perbelanjaan
terdapat baki sebanyak RM700. Katakan bayaran ansuran bulanan bagi
kereta yang ingin mereka beli ialah RM600. Maka dengan mudahnya mereka
menganggap bahawa mereka mampu membeli kereta tersebut. Tanpa mereka
memikirkan kos-kos lain yang datang sekali bersama dengan pembelian
kereta tersebut.

Perkara yang paling kerap mereka terlepas
pandang dan tidak dimasukan dalam perkiraan ialah kos yang tidak
memerlukan mereka membayarnya secara tetap pada setiap bulan seperti
insurans, cukai jalan, servis, penukaran tayar, tol, bayaran tempat
letak kereta dan yang paling penting kos petrol.

Untuk
menghuraikan perkara ini kita ambil satu situasi. Katakan seorang
siswazah yang baru bekerja membeli sebuah kereta berharga RM55,000 dan
membayar RM5,000 sebagai bayaran pendahuluan. Baki sebanyak RM50,000
akan dibiayai dengan pinjaman dari institusi kewangan.

Jika
pembayaran dibuat selama 96 bulan atau pun lapan tahun dengan kadar
faedah empat peratus setahun maka dia perlu membayar ansuran bulanan
sebanyak RM690 sebulan. Berdasarkan contoh itu, kita andaikan kereta
tersebut digunakan sejauh 20,000 km setahun. Maka ia perlu diservis
sekurang-kurangnya empat kali.

Sekiranya purata kos sekali
servis ialah sebanyak RM150 maka jumlahnya sebanyak RM600 setahun.
Dalam kajian penulis, dengan harga petrol RM1.80 seliter, kos petrol
bagi perjalanan sejauh 20,000 km ialah RM4,000 setahun iaitu 20 sen
bagi setiap kilometer.

Kos untuk insurans dan cukai jalan ialah
dalam lingkungan RM1,000 setahun. Katakan kos bayaran letak kereta
purata RM2 sehari (sebenarnya jauh lebih tinggi) maka jumlah kos
bayaran tempat letak kereta ialah sebanyak RM730 setahun.

Jumlah
keseluruhan kos-kos tambahan yang kita kira ialah RM6,330 setahun. Jika
dibahagikan dengan dua belas bulan maka jumlahnya ialah RM527 sebulan.
Dan ditambah dengan bayaran ansuran bulanan kereta sebanyak RM687 maka
jumlah kos sebulan bagi kereta ialah RM1,214 iaitu lebih separuh
daripada jumlah gaji mereka.

Ini tidak termasuk kadar tol bagi
mereka yang kerap melalui jalan bertol dan kos kerosakan kenderaan yang
perlu dibaiki jika berlaku kerosakan luar jangka. Kos akan meningkat
bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung.

Tidak keterlaluan
untuk mengatakan bahawa seseorang yang baru mendapat pekerjaan sebagai
eksekutif dengan gaji antara RM1,500 ke RM2,000 sebenarnya tidak mampu
untuk menggunakan sebuah kereta hatta Proton Wira baru. Ini adalah
realiti.

Kereta yang paling sesuai untuk mereka ialah kereta
yang berada dalam lingkungan RM35,000 ke bawah. Malah jika mereka tidak
mahu mengalami bajet yang terlalu ketat lebih baik mereka menggunakan
motosikal berkuasa kecil.

Keadaan ini berlaku adalah kerana
tuntutan persekitaran yang telah meletakan satu standard secara tidak
langsung. Sesuatu yang menjadi kebiasaan orang sekeliling akan menjadi
tekanan kepada orang lain untuk mengikutinya. Keadaan menjadi lebih
teruk apabila berlaku situasi berlumba-lumba 'menunjuk' siapa lebih
kaya.

Diambil dari: www.utusan.com.my
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Ogumu Tulun molzobi-lzobi mimbalzanja siin   3/1/2009, 9:34 am

SINGAPURA,
12 Nov (Bernama) -- Pengguna di seluruh rantau Asia-Pasifik yang
bimbang terhadap kemelesetan dan ketidaktentuan ekonomi global kini
mengurangkan perbelanjaan mereka, demikian menurut satu kajian
MasterCard.
Kajian itu juga mendedahkan bahawa keyakinan pengguna di rantau ini
telah merosot dalam enam bulan yang lalu.
Sebahagian besar daripada pengguna juga menimbang untuk mengurangkan
perbelanjaan secara budi bicara bagi 12 bulan akan datang.
Ini adalah antara hasil kajian awal Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna
MasterCard Worldwide dan Indeks terbaru Keyakinan Pengguna MasterCard
Worldwide yang dikeluarkan di sini hari ini.
MasterCard mengendalikan kaji selidik itu September lalu, membabitkan
lebih 6,000 pengguna di 14 pasaran, iaitu Australia, China (termasuk
Hong Kong), India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, New
Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
"Pengguna di seluruh rantau ini bersiap sedia untuk masa depan yang
lebih sukar dalam tahun 2009," kata penasihat ekonomi bagi Asia Pasifik
MasterCard Worldwide Dr Yuwa Hedrick-Wong.
Katanya semasa banyak melihat ke arah China untuk membantu mengekalkan
momentum pertumbuhan ekonomi di rantau ini, hakikatnya ialah kuasa
ekonomi Asia itu sendiri sedang merosot dengan pantas, dengan 60
peratus daripada pengguna China membayangkan pengurangan perbelanjaan
berhemat.
Hanya empat, iaitu Vietnam (88.1), China (76.6), India (63.9) dan
Singapura (62.3), daripada 14 pasaran yang dikaji, optimis terhadap
separuh pertama 2009, sungguhpun semua kecuali catatan Vietnam menurun
daripada enam bulan lalu.
Indeks tahunan baru keutamaan pembelian pengguna memberikan pandangan
jauh ke dalam tabungan pengguna dan tabiat perbelanjaan dan keutamaan
perbelanjaan berhemat mereka bagi 12 bulan akan datang.
Sementara itu, indeks dwitahunan keyakinan pengguna memberikan maklumat
mengenai sentimen pengguna di seluruh rantau ini.
Lima faktor ekonomi, iaitu, pekerjaan, ekonomi, pendapatan tetap,
pasaran saham dan kualiti hidup, diambil kira dalam kaji selidik itu.
-- BERNAMA
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
Sponsored content




PostSubyek: Re: Ogumu Tulun molzobi-lzobi mimbalzanja siin   

Kembali Ke Atas Go down
 
Ogumu Tulun molzobi-lzobi mimbalzanja siin
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Momogunology Forum  :: Momogunology General Discussion :: Current Issue-
Navigasi: