Momogunology Forum

This site ( MOMOGUN FORUM) is for forum lovers eager to discuss anything positive on Momogun Ethnic and its people. Share with us on anything especially related to Momogun people positively.
 
IndeksPortalCalendarGalleryFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin
Top posters
bushido
 
randagan
 
Admin
 
myki
 
Enuvung
 
paraivagas
 
nikhmedia
 
bon
 
Ferr
 
Randavi
 
Latest topics
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
Momogunology Links

MOMOGUNOLOGY GROUP  

Momogunology Centre

Momogunology Blog

Randagan Extra Blog

The Rungus Times

Resipi Momogun

Momogun Chat Room


TAMU ONLINE TOKOU
Momogun Trade Union

 

MOMOGUN SANDAD
Rungus Education
Sabah's Last Frontier
Rungus People Blogspot

Sahabat Felda Forum
Mikakambai Forum

 

SABAH FORUM

I love Sabah Forum

Sabah Forumotion

Nunuk Ragang Forum

Sabah Forum

Kadazandusun Forum

 

NEWSLINK

New Sabah Times
Sabah Daily Express
The Borneo Post Online
Malaysia Kini
Berita Harian
Utusan Melayu

User Yang Sedang Online
Total 2 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 2 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 51 pada 14/11/2009, 8:28 pm
< class="" height="25"> Pencarian
 


 Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Perkenalkan diri.. jom
22/9/2008, 1:15 am by Admin
testing post

Comments: 60
Tulun kimaragang mantad KUS
24/6/2009, 4:49 pm by rumputt
Pertama sekali menorimakasi oku sid tuan admin sbb menuduk do lalan kumaa siti. Ong aso ih kesalaaan nah aeingin oku dot mogom-ogom poh siti...kaakalu ong waro poh tongo kuukupi hihihi!!! Very Happy

Comments: 2
Kakitangan Rasmi Momogunology Research Centre [MRC]
2/1/2009, 9:34 pm by bushido
Kepada pembaca yang terhornat,

Di sini pihak pengurusan Momogunology mengumumkan bahawa rakan rasmi dan tetap Momogunology baru 1 orang iaitu seperti senarai di bawah:

1. Ie. Randagan

Tugas-tugas tobpinai Randagan ialah dalam bidang:
- Kesusasteraan Kodori Momogun dan di bantu oleh saya
sendiri Ie. Bushido
- Kayu dan Herba Momogun


PERHATIAN:

kepada sesiapa yang berminat bergabung …

[ Full reading ]
Comments: 6
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology
1/1/2009, 6:38 pm by bushido
Para pembaca yang terhormat,


Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.

Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?

untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak …


[ Full reading ]
Comments: 3
Kopivosian Tadau Kinosinaan
3/1/2009, 4:54 pm by bushido
Saya ingin ucapkan Happy Birthday kumaa tobpinai Randagan.

ndak lama lagi tu... 1 hari lagi sampai sudah tadau kinosinaan.

Comments: 5
Momogun Pitas
11/1/2009, 8:42 pm by pinsan
Bah mari lah bah kenal2 sama saya..orang momogun dari pitas juga bah ni.

Oh ya kpd tuan admin, saya ada meleetakan nama forum tuan di website saya seperti di signature saya tu.

Comments: 3
kopivosian rumikot kumaa momogun sandad
18/10/2008, 8:46 pm by Admin
kopivosian kumaa ahli momogun sandad...

selamat bergabung...

Comments: 3
Di sebalik kehidupan ini...
23/11/2008, 11:37 am by Admin
Saya masih ingat masa saya kecil. Keluarga saya besar dengan adik-beradik yang ramai. Makanan harian kami jarang sekali makan daging setiap hari sayur (pelbagai jenis sayur yg tiada dijual di pasar kerana terdiri daripada sayur tradisional yang hanya dapat diperolehi di hutan sahaja).

Dari pada rebung buluh sehinggalah kepada tivak polod, tomborua yang pahit, betik, jantung pisang dan …


[ Full reading ]
Comments: 5

Share | 
 

 Parti Bersatu Sabah [PBS]

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Parti Bersatu Sabah [PBS]   3/1/2009, 6:27 pm

Sejarah



Penubuhan


Pada tahun 1984, seorang pemimpin Kadazandusun dalam kerajaan BERJAYA, Datuk Joseph Pairin Kitingan
telah dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang
menentang dasar-dasar kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari
perjuangan asal. Beliau turut dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tambunan.
Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil
Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon
kerajaan. Walaupun dengan berbagai rintangan dan taktik kotor pihak
lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti
besar, 3,048.
Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk
mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan
menentang penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu.
Satu gerakan baru yang dipimpin Pairin dan disokong secara senyap oleh
majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu, tertubuhnya Parti
Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti.

[sunting] Kejayaan pilihanraya


PBS yang baru berusia 47 hari telah menyertai pilihan raya 1985
dan terus mencipta kejutan dengan memenangi 25 daripda 48 kerusi Dewan
Undangan Negeri. Apa yang lebih mengejutkan Ketua Menteri dan presiden
BERJAYA, Datuk Harris Salleh tewas di Tenom kepada seorang yang langsung tidak terkenal, Kadoh Agundong. Parti pemerintah BERJAYA cuma mampu memenangi 6 kerusi, dengan USNO 16 kerusi serta PASOK
1. Kejayaan ini membolehkan PBS menubuhkan kerajaan dan memerintah
negeri Sabah dengan Pairin dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang
ke-6.
Setelah rusuhan 1986
yang didalangi parti yang kalah untuk cuba menjatuhkan kerajaan PBS,
PBS membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan satu lagi
pilihanraya pada Mei 1986. Kali ini PBS berjaya mengukuhkan lagi
kedudukan mereka setelah memenangi 34 daripada 48 kerusi. PBS kemudian
menyertai Barisan Nasional (BN).
Beberapa hari sebelum pilihanraya 1990, PBS bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Gagasan Rakyat yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Mereka memberi alasan bahawa mereka telah dianaktirikan sewaktu berada
dalam BN. PBS terus mencapai kejayaan dengan memenangi 36 daripada 48
kerusi.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang Datuk Mark Koding yang telah menubuhkan AKAR dan Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan Parti Maju Sabah
(SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. PBS turut
mendakwa pilihanraya ini dicemari taktik kotor seperti pembelian undi
dan pengundi hantu.[1]
Di sebalik semua itu, PBS masih mampu menang walaupun tipis iaitu 25
kerusi berbanding BN 23 kerusi. Pairin terpaksa menunggu selama 36 jam
di luar Istana sebelum dibenarkan mengangkat sumpah kerana cuba
dihalang pihak Barisan Nasional yang nyata tidak dapat menerima
keputusan rakyat. Walubagaimanapun, kerajaan ini cuma mampu bertahan
dua minggu setelah hampir kesemua wakil rakyatnya bertindak melompat
menyertai BN.

[sunting] Kejatuhan dan cubaan untuk bangkit


Setelah kemenangan tipis dalam pilihanraya 1994, PBS menghadapi
tekanan besar dari BN yang ternyata cuba merampas kuasa di Sabah.
Kejatuhan PBS bermula apabila 3 orang wakil rakyatnya, Datuk Lajim Hj. Okin (Klias), Datuk Rubin Balang
(Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik) bertindak keluar untuk
menyertai UMNO. Ia kemudian diikuti hampir semua wakil rakyatnya yang
lain termasuklah Timbalan Presiden Tan Sri Bernard Dompok, Setiausaha Agung Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing telah menubuhkan Parti Demokratik Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan adik Pairin sendiri Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Setelah insiden lompat-melompat tersebut, PBS cuma mempunyai 3 wakil rakyat, Pairin, Dr. Maximus Ongkili dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.
Datu Amirkahar turut menyertai BN beberapa tahun kemudian. Dalam
keadaan sedemikian, Pairin tiada pilihan lain selain melepaskan jawatan
sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994. Keadaan ini menggemparkan seluruh rakyat Sabah.
PBS cuba bangkit semula dengan barisan pemimpin yang baru dan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 berjaya memenangi 8 daripada 20 kerusi Parlimen
di Sabah yang juga menyaksikan Jeffrey dan Dompok tewas di tangan calon
PBS. Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk
menghadapi pilihanraya 1999.
Walaubagaimanapun, PBS cuma mampu memenangi 17 daripada 48 kerusi
tetapi calon-calonnya berjaya mengalahkan bekas wakil rakyatnya yang
telah melompat termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri
Bernard Dompok dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Peristiwa
lompat-melompat berulang semula apabila enam wakil rakyat yang diketuai
Jeffrey bertindak melompat menyertai PBRS pada 22 April 2000.

[sunting] Kembali ke Barisan Nasional


Pada 23 Januari 2002, PBS diterima semula ke dalam Barisan Nasional.
Lima wakil rakyat berserta Timbalan Speaker yang telah menyertai PBRS
turut kembali ke pangkuan PBS. Setelah memenangi 13 kerusi Dewan
Undangan Negeri dan 4 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, ahli-ahli PBS turut disertakan dalam kabinet Barisan Nasional negeri dan persekutuan.

[sunting] Perjuangan


Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum Kadazan-Dusun.
Pada dasarnya PBS memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk
membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses
demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan
kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti
itu turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan
kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di
Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia.[2]
Antara isu yang paling lantang disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.

[sunting] Simbol, bendera & lagu



[sunting] Simbol


Simbol dan lambang PBS menunjukkan dua tangan berjabat di atas peta
negeri Sabah berwarna hijau dan dibentuk dengan garisan berwarna coklat
di dalam segi empat dan perkataan 'PARTI BERSATU SABAH' di bawahnya.
Lambang 'berjabat tangan' melambangkan perpaduan, persahabatan dan
kerjasama antara rakyat Sabah; warna 'hijau' melambangkan kekayaan negeri Sabah terutamanya dari segi pertanian; warna 'coklat' melambangkan kesuburan tanahnya dan bentuk 'segi empat' melambangkan keadilan dan kesaksamaan di antara setiap rakyat Sabah.

[sunting] Bendera





  • Warna merah melambangkan keberanian;
  • Bahagian tengah yang berwarna putih melambangkan kesucian dengan simbol dan lambang parti diletakkan; dan
  • Warna biru melambangkan keamanan dan kesejahteraan.

Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Parti Bersatu Sabah [PBS]   3/1/2009, 6:27 pm

[sunting] Lagu PBS


Bersatu Dalam PBS
Tanah Sabah, negeriku yang tercinta
Indahnya pemandangan alam
Dengan puncak Gunung Kinabalu
Di sana aku dilahirkan

Tanah ku, negeri ku
Yang harus dilindungi selamanya
Marilah kawan kita berikrar
Membela negeri Sabah

Marilah putra putri Sabah
Bersatu membangun negeri mu
Di bawah naungan PBS
Parti untuk semua kaum

Marilah, semua
Kekalkan lah perpaduan bersama
Untuk membangun negeri tercinta
Melalui PBS

[sunting] Ahli parti dan kepimpinan



[sunting] Kepimpinan


Carta organisasi PBS menunjukkan perwakilan tiga komposisi kaum yang
terbesar di Sabah iaitu Kadazan-Dusun, Cina dan Bumiputera Islam.






  • Ketua Penerangan

    • Johnny Mositun

    </li>


  • Ketua Pemuda

    • Jahid Jahim

    </li>


  • Ketua Wanita

    • Datin Jamilah Sulaiman

    </li>


[sunting] Wakil rakyat PBS





  • Dewan Undangan Negeri Sabah

    • N4 - Matunggong - Sarapin Magana
    • N5 - Tandek - Anita Baranting
    • N7 - Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan
    • N9 - Tamparuli - Jahid Jahim
    • N11 - Kiulu - Datuk Louis Rampas
    • N13 - Inanam - Johnny Goh
    • N15 - Api-Api - Datuk Dr. Yee Moh Chai
    • N17 - Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah
    • N29 - Kundasang - Joachim Gunsalam
    • N32 - Tambunan - Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
    • N35 - Melalap - Datuk Radin Malleh
    • N40 - Labuk - Datuk Michael Asang

    </li>


[sunting] Perkembangan terkini


Parti itu telah dikritik kerana didakwa tidak lagi lantang menyuarakan masalah-masalah rakyat Sabah setelah menyertai Barisan Nasional.
Seorang Ahli Majlis Tertinggi parti, Dr. Chong Eng Leong yang juga
merupakan aktivis anti-pendatang haram telah meninggalkan parti
tersebut kerana mendakwa parti tersebut tidak lagi mampu memperjuangkan
matlamat asalnya.[3]
Parti itu juga terlibat dengan pertikaman lidah bersama Parti Maju Sabah
(SAPP) di mana mereka telah menyarankan agar SAPP keluar dari BN kerana
menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.[4] Mereka turut menyatakan kesediaan untuk menerima Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan menyertai PBS sekiranya beliau meninggalkan SAPP.[5] Ini menyebabkan pemimpin SAPP menuduh PBS cuba memecah-belahkan parti tersebut.
Pada 30 Julai,
Ketua Bahagian PBS Kiulu, Sindin Ranggangon telah menggesa agar Pairin
meletak jawatan sebagai presiden PBS dan digantikan dengan pemimpin
yang lebih muda, berkaliber dan memiliki karisma seperti Timbalan
Presiden, Datuk Dr. Maximus Ongkili.[6]
Sindin turut mendakwa Pairin tidak lagi mampu memimpin PBS dengan
berkesan dan ini terbukti apabila calon-calon PBS mendapat undi yang
lebih rendah dan termasuklah kekalahan dua calonnya dalam pilihanraya
umum yang baru berlalu. Kenyataan Sindin ini diselar ramai pemimpin
atasan PBS termasuklah Dr. Maximus sendiri.[7]
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
randagan
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

PostSubyek: Re: Parti Bersatu Sabah [PBS]   3/1/2009, 7:26 pm

Tidak dinafikan PBS adalah parti yang telah banyak mencapai kejayaan samada semasa menjadi parti pemerintah mahupun sewaktu menjadi parti pembangkang. Mereka mampu menyampaikan suara rakyat dan dapat menyelesaikan beberapa isu termasuk rintihan rakyat. PBS memang sebuah parti yang effektif suatu ketika dahulu, tetapi sekarang sinarnya semakin malap, taringnya semakin tumpul, suaranya semakin hanya sayup kedengaran. Apakah sebabnya? Mungkinkah pemimpinnya Pairin telah penat, lesu tidak bermaya serta telah mengalah? Sekalipun pertukaran pucuk pimpinan dilakukan, lebih-lebih penggantinya adalah orang yang tidaklah begitu berkarisma, prestasi PBS tidak akan dapat diulangi lagi seperti mana zaman puncak kegemilangannya.

Mengikut senario politik yang terbaru di Sabah ini, rata-rata rakyat mahukan pertukaran pemerintahan untuk memperjuangkan nasib yang secara berterusan dihimpit kerakusan pemimpin tertentu yang seolah menutup mata dan telinga untuk menyelami kesusahan rakyat. PBS tidak relevan lagi apabila dijangkiti sindrom mementingkan diri sendiri yang diamalkan oleh kebanyakan pemimpin BN. Kita bukanlah terlalu taksub dengan PR, cuma kita tidak ada pilihan yang lebih baik, dan PR lebih baik berbanding dengan BN sendiri. Kaedah yang lebih tepat untuk Sabah ialah menyatukan semua parti politik untuk membentuk satu gagasan yang dinamakan Barisan Sabah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sahabat.forummotion.com/
nikhmedia
Pinsan Haring


Jumlah posting : 43
Age : 30
Location : Kota Kinabalu - Pitas
Registration date : 11.07.09

PostSubyek: Re: Parti Bersatu Sabah [PBS]   6/8/2009, 4:16 pm

ini pun PBS juga tp bukan Parti Bersatu Sabah..
tapi, ini Persatuan Blogger Sabah (PBS)
byk info2 yg berguna, faedah2 dll.. boleh join persatuan ini, jadi member secara free juga.. mereka juga memperjuangkan masyarakat Rungus dan peribumi lain d Sabah.

Web: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=64&Itemid=28
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://nikhmedia.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubyek: Re: Parti Bersatu Sabah [PBS]   

Kembali Ke Atas Go down
 
Parti Bersatu Sabah [PBS]
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Momogunology Forum  :: Momogunology General Discussion :: Politics-
Navigasi: