Momogunology Forum

This site ( MOMOGUN FORUM) is for forum lovers eager to discuss anything positive on Momogun Ethnic and its people. Share with us on anything especially related to Momogun people positively.
 
IndeksPortalCalendarGalleryFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin
Top posters
bushido
 
randagan
 
Admin
 
myki
 
Enuvung
 
paraivagas
 
nikhmedia
 
bon
 
Ferr
 
Randavi
 
Latest topics
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
Momogunology Links

MOMOGUNOLOGY GROUP  

Momogunology Centre

Momogunology Blog

Randagan Extra Blog

The Rungus Times

Resipi Momogun

Momogun Chat Room


TAMU ONLINE TOKOU
Momogun Trade Union

 

MOMOGUN SANDAD
Rungus Education
Sabah's Last Frontier
Rungus People Blogspot

Sahabat Felda Forum
Mikakambai Forum

 

SABAH FORUM

I love Sabah Forum

Sabah Forumotion

Nunuk Ragang Forum

Sabah Forum

Kadazandusun Forum

 

NEWSLINK

New Sabah Times
Sabah Daily Express
The Borneo Post Online
Malaysia Kini
Berita Harian
Utusan Melayu

User Yang Sedang Online
Total 2 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 2 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 51 pada 14/11/2009, 8:28 pm
< class="" height="25"> Pencarian
 


 Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Perkenalkan diri.. jom
22/9/2008, 1:15 am by Admin
testing post

Comments: 60
Tulun kimaragang mantad KUS
24/6/2009, 4:49 pm by rumputt
Pertama sekali menorimakasi oku sid tuan admin sbb menuduk do lalan kumaa siti. Ong aso ih kesalaaan nah aeingin oku dot mogom-ogom poh siti...kaakalu ong waro poh tongo kuukupi hihihi!!! Very Happy

Comments: 2
Kakitangan Rasmi Momogunology Research Centre [MRC]
2/1/2009, 9:34 pm by bushido
Kepada pembaca yang terhornat,

Di sini pihak pengurusan Momogunology mengumumkan bahawa rakan rasmi dan tetap Momogunology baru 1 orang iaitu seperti senarai di bawah:

1. Ie. Randagan

Tugas-tugas tobpinai Randagan ialah dalam bidang:
- Kesusasteraan Kodori Momogun dan di bantu oleh saya
sendiri Ie. Bushido
- Kayu dan Herba Momogun


PERHATIAN:

kepada sesiapa yang berminat bergabung …

[ Full reading ]
Comments: 6
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology
1/1/2009, 6:38 pm by bushido
Para pembaca yang terhormat,


Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.

Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?

untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak …


[ Full reading ]
Comments: 3
Kopivosian Tadau Kinosinaan
3/1/2009, 4:54 pm by bushido
Saya ingin ucapkan Happy Birthday kumaa tobpinai Randagan.

ndak lama lagi tu... 1 hari lagi sampai sudah tadau kinosinaan.

Comments: 5
Momogun Pitas
11/1/2009, 8:42 pm by pinsan
Bah mari lah bah kenal2 sama saya..orang momogun dari pitas juga bah ni.

Oh ya kpd tuan admin, saya ada meleetakan nama forum tuan di website saya seperti di signature saya tu.

Comments: 3
kopivosian rumikot kumaa momogun sandad
18/10/2008, 8:46 pm by Admin
kopivosian kumaa ahli momogun sandad...

selamat bergabung...

Comments: 3
Di sebalik kehidupan ini...
23/11/2008, 11:37 am by Admin
Saya masih ingat masa saya kecil. Keluarga saya besar dengan adik-beradik yang ramai. Makanan harian kami jarang sekali makan daging setiap hari sayur (pelbagai jenis sayur yg tiada dijual di pasar kerana terdiri daripada sayur tradisional yang hanya dapat diperolehi di hutan sahaja).

Dari pada rebung buluh sehinggalah kepada tivak polod, tomborua yang pahit, betik, jantung pisang dan …


[ Full reading ]
Comments: 5

Share | 
 

 United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization [UPKO]

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization [UPKO]   3/1/2009, 6:33 pm

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut BersatuUnited Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization



KetuaBernard Dompok

DiasaskanMei 1964
Ibu pejabatIbu pejabat,
Lot 9 & 10, Tingkat 2 & 3,
New World Commercial Centre,
Pekan Penampang,
Peti Surat 420,
89507 Penampang, Sabah


Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (bahasa Inggeris: United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization; singkatan: UPKO) ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia pada Mei 1964 untuk membela hak-hak serta memperjuangkan pembangunan kaum Kadazandusun Murut/ (KDM).
Sejarah


UPKO merupakan sebuah parti gabungan yang terdiri daripada dua buah parti politik, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN) yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM. Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1964.
Setelah melihat kesan buruk dalam keputusan pilihan raya majlis
daerah itu, akibat perpecahan yang disebabkan oleh kewujudan dua buah
parti politik tersebut, para pemimpin UNKO dan PASOK MOMOGUN berusaha
untuk bergabung pada akhir tahun 1964. UPKO ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Sabah yang pertama pada April 1967. Walau bagaimanapun, UPKO ditewaskan dalam pilihan raya tersebut, dan di atas nama perpaduan bumiputera
yang lebih luas, UPKO dibubarkan pada Disember dalam tahun yang sama.
Akibatnya, kaum KDM tiada pilihan selain daripada menyertai pelbagai
parti politik yang lain di Sabah.
Impian kaum KDM untuk memimpin pembangunan negeri Sabah seakan-akan
terserlah berikutan kejayaan dua buah parti politik berbilang kaum,
iaitu Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), antara tahun 1976 hingga 1994. Mungkin antara saat-saat yang paling manis dalam perjuangan politik kaum KDM ialah semasa PBS melahirkan Ketua Menteri Sabah daripada suku bangsa mereka selama dua penggal, iaitu dari tahun 1985 hingga tahun 1994.

[sunting] Penubuhan PDS


Rencana utama: Parti Demokratik Sabah


Kejatuhan kerajaan PBS pada tahun 1994 telah mencetuskan penubuhan Parti Demokratik Sabah (PDS), sebuah parti politik yang berasaskan semangat nasionalisme Kadazandusun Murut. Penubuhan parti ini adalah hasil satu persetujuan antara hampir kesemua Wakil-wakil Rakyat PBS pada 14 Mac 1994.
Di bawah pimpinan Presiden Tan Sri Bernard Dompok, dan berikutan pelantikan beliau kepada Kabinet Persekutuan pada tahun 1994, PDS berjaya mengerakkan Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan bahasa Kadazandusun
sebagai sebuah bahasa yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mercu
kejayaan PDS ialah pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua
Menteri Sabah yang ke-11 pada tahun 1998 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.
Bagaimanapun, PDS masih gagal untuk menyatukan seluruh kaum KDM
dalam sebuah parti politik. Ini terbukti apabila para pengundi KDM
tidak mengundi Tan Sri Bernard Dompok dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Akibatnya, perkhidmatan Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah terpaksa berhenti.
Kebanyakan orang KDM juga turut hampa kerana kegagalan Datuk Joseph Pairin Kitingan untuk kembali menubuhkan kerajaan Sabah, meskipun tema perjuangannya, "Koguli Tokou Wagu" ("Kita akan kembali berkuasa") begitu lantang kedengaran, terutamanya semasa kempen.
Selepas suatu post-mortem
dilaksanakan, para pemimpin PDS telah mula sedar bahawa sesungguhnya,
orang-orang KDM sudah jauh terpesong kerana berpecah belah dalam
perjuangan mereka. Orang-orang KDM telah menjadi ahli kepada semua
parti politik yang lain di Sabah, kecuali parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Se-Malaysia (MIC). Kesedaran baru timbul dan tercetuslah seruan bangsa KDM yang menjadi tema perjuangan PDS, iaitu "Misompuru Tokou Wagu" atau "Mari Kita Bersatu Kembali".
Bagaimanapun, PDS tidak mampu mengangkat seruan tersebut. Justeru
para pemimpin PDS membuat keputusan untuk mengorbankan PDS supaya dapat
membolehkan UPKO, pertubuhan politik yang diasaskan untuk menyatukan
bangsa KDM pada awal kesedaran politik bangsa KDM, dihidupkan kembali.

[sunting] Kebangkitan semula UPKO


Keputusan untuk menghidupkan semula UPKO ibarat kata pepatah, "Kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada 28 Julai 1999,
Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS bersetuju dengan sebulat suara untuk
mengorbankan PDS bagi menghidupkan semula UPKO. Dalam Kongres PDS yang
ke-5 pada 8 Ogos 1999,
para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS
kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.
Majlis pelancaran pada 30 Oktober 1999 telah diadakan di Ranau kerana menurut legenda, Nunuk Ragang yang terletak di daerah Ranau merupakan asal-usul masyarakat KDM. Lagipun lambang UPKO, iaitu Gunung Kinabalu,
juga terletak di Ranau. Surat-surat penghargaan juga dikirimkan oleh
Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, kepada melebihi 50 pemimpin
veteran UPKO, sama ada mereka masih hidup atau tidak, dan tanpa mengira
ideologi politik mereka. Antara kesan pelancaran itu ialah kembalinya
beberapa pemimpin veteran UPKO, termasuk Tan Sri Sufian Koroh,
Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri
Panglima Fred Jinu. Sebilangan mereka kemudiannya dilantik menjadi
anggota Majlis Penasihat Adat UPKO.
Dengan pelancaran UPKO, bermula jugalah perjuangan parti ini untuk
menyatukan bangsa KDM dalam satu gagasan perjuangan politik melalui
Kerajaan Barisan Nasional dengan tema "Misompuru Tokou Wagu ("Mari Kita Bersatu Kembali").
Kejayaan awal UPKO adalah pada November 1999, sebulan selepas
pelancaran UPKO, ketika pucuk pimpinan Barisan Nasional memberi
tanggungjawab kepada UPKO untuk bertanding di empat kawasan Parlimen di
Sabah, iaitu P147 Bandau, P149 Tuaran, P152 Penampang dan P156 Kinabalu.
Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, telah diutuskan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dr. Mahathir Mohamad, untuk bertanding di Kinabalu.
Beliau menang dengan 5,423 majoriti undi, satu keputusan yang tidak
pernah dicapai oleh mana-mana satu calon parlimen Kinabalu sebelum itu.
UPKO juga memenangi dua daripada tiga kerusi yang lain.
Kemenangan-kemenangan itu adalah satu restu simbolik terhadap langkah
kaum Kadazandusun Murut untuk kembali ke pangkal jalan perjuangan
politik.
Setakat Jun 2001, UPKO mempunyai 26 bahagian berdaftar, 1,720 cawangan, dan 100,819 ahli.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
 
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization [UPKO]
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Momogunology Forum  :: Momogunology General Discussion :: Politics-
Navigasi: