Momogunology Forum

This site ( MOMOGUN FORUM) is for forum lovers eager to discuss anything positive on Momogun Ethnic and its people. Share with us on anything especially related to Momogun people positively.
 
IndeksPortalCalendarGalleryFAQPencarianAnggotaGroupPendaftaranLogin
Top posters
bushido
 
randagan
 
Admin
 
myki
 
Enuvung
 
paraivagas
 
nikhmedia
 
bon
 
Ferr
 
Randavi
 
Latest topics
Affiliates
free forum
Facebook
Follow us on Twitter
Momogunology Links

MOMOGUNOLOGY GROUP  

Momogunology Centre

Momogunology Blog

Randagan Extra Blog

The Rungus Times

Resipi Momogun

Momogun Chat Room


TAMU ONLINE TOKOU
Momogun Trade Union

 

MOMOGUN SANDAD
Rungus Education
Sabah's Last Frontier
Rungus People Blogspot

Sahabat Felda Forum
Mikakambai Forum

 

SABAH FORUM

I love Sabah Forum

Sabah Forumotion

Nunuk Ragang Forum

Sabah Forum

Kadazandusun Forum

 

NEWSLINK

New Sabah Times
Sabah Daily Express
The Borneo Post Online
Malaysia Kini
Berita Harian
Utusan Melayu

User Yang Sedang Online
Total 3 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 3 Tamu

Tidak ada

User online terbanyak adalah 51 pada 14/11/2009, 8:28 pm
< class="" height="25"> Pencarian
 


 Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Perkenalkan diri.. jom
22/9/2008, 1:15 am by Admin
testing post

Comments: 60
Tulun kimaragang mantad KUS
24/6/2009, 4:49 pm by rumputt
Pertama sekali menorimakasi oku sid tuan admin sbb menuduk do lalan kumaa siti. Ong aso ih kesalaaan nah aeingin oku dot mogom-ogom poh siti...kaakalu ong waro poh tongo kuukupi hihihi!!! Very Happy

Comments: 2
Kakitangan Rasmi Momogunology Research Centre [MRC]
2/1/2009, 9:34 pm by bushido
Kepada pembaca yang terhornat,

Di sini pihak pengurusan Momogunology mengumumkan bahawa rakan rasmi dan tetap Momogunology baru 1 orang iaitu seperti senarai di bawah:

1. Ie. Randagan

Tugas-tugas tobpinai Randagan ialah dalam bidang:
- Kesusasteraan Kodori Momogun dan di bantu oleh saya
sendiri Ie. Bushido
- Kayu dan Herba Momogun


PERHATIAN:

kepada sesiapa yang berminat bergabung …

[ Full reading ]
Comments: 6
Sebuah seruan dari pendiri Momogunology
1/1/2009, 6:38 pm by bushido
Para pembaca yang terhormat,


Hari ini saya hendak meminta Anda untuk mendukung Momogunology dengan pelbagai sejarah lisan, boros momogun, tuturan, usuran, bvahul dan apa saja bentuk kesusasteraan momogun rungus.

Mungkin ini kedengarannya aneh mengapa Momogunology perlukan semua itu?

untuk pengetahuan anda, Momogunology ialah salah satu-satunya projek web paling populer dan paling banyak …


[ Full reading ]
Comments: 3
Kopivosian Tadau Kinosinaan
3/1/2009, 4:54 pm by bushido
Saya ingin ucapkan Happy Birthday kumaa tobpinai Randagan.

ndak lama lagi tu... 1 hari lagi sampai sudah tadau kinosinaan.

Comments: 5
Momogun Pitas
11/1/2009, 8:42 pm by pinsan
Bah mari lah bah kenal2 sama saya..orang momogun dari pitas juga bah ni.

Oh ya kpd tuan admin, saya ada meleetakan nama forum tuan di website saya seperti di signature saya tu.

Comments: 3
kopivosian rumikot kumaa momogun sandad
18/10/2008, 8:46 pm by Admin
kopivosian kumaa ahli momogun sandad...

selamat bergabung...

Comments: 3
Di sebalik kehidupan ini...
23/11/2008, 11:37 am by Admin
Saya masih ingat masa saya kecil. Keluarga saya besar dengan adik-beradik yang ramai. Makanan harian kami jarang sekali makan daging setiap hari sayur (pelbagai jenis sayur yg tiada dijual di pasar kerana terdiri daripada sayur tradisional yang hanya dapat diperolehi di hutan sahaja).

Dari pada rebung buluh sehinggalah kepada tivak polod, tomborua yang pahit, betik, jantung pisang dan …


[ Full reading ]
Comments: 5

Share | 
 

 Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
Pilih halaman : 1, 2  Next

Setujukah anda nenek moyang kita warga Brunei dan Sulu melalui penjajahan terhadap bangsa kita?
A:: Tidak Setuju
100%
 100% [ 8 ]
B:: Setuju
0%
 0% [ 0 ]
C:: Fakta Pemerintahan Tidak Jelas
0%
 0% [ 0 ]
Total Suara : 8
 

PengirimMessage
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   5/11/2008, 7:28 pm

APAKAHA INILAH BUKTINYA BAHAWA NENEK MOYANG KITA TERMASUK PAHLAWAN2 RUNGUS YANG BERGADAI NYAWA MEMPERTAHANKAN TANAH DAN BANGSA MOMOGUN ADALAH WARGA SULU?

NONGO URIPON DOT SULUG NAKU YAKI OM YODU DI KOU? KOPURIMANAN DI KOU IT ONGO AKI DITOKOU DUMINGKAHANG NAKU SID PIPANGAN DO SULUG?

Sila lihat sejarah ini:

1. Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.


Dalam banyak-banyak tulisan ttg Sabah para penulis sejarah menyebutkan bahawa Sabah adalah jajahan yg di perintah oleh Brunei dan Sulu selama ribuan tahun. Tetapi dari fakta yg sebenarnya ini tak pernah terjadi.

Manakala dari suku kita sendiri tak pernah kalah dalam bertempur dgn pihak pendatang dari laut ini. Siapa yg tak tahu Simpang mangazou? Pantai Torungkungan? Vingolon? Teluk tambuluran? Andarason? Toringai dan banyak lagi.. semua nama-nama itu adalah tempat pertahanan Momogun Rungus utk menjaga kedaulatan Kesukuan kita.

Menurut saya fakta sejarah yg ada pada masa kini adalah tidak tepat. Sudahlah tak tepat tulisan tersebut juga bukanlah merupakan satu FAKTA DOGMATIS yang tak dapat di sangkal. Malah kalau kita yg menumpu kepada kawasan borneo Sabah, kita dapat percayai bahawa Kesultanan Sulu dan Brunei tak pernah menembusi sistem Pemerintahan Kesukuan Momogun Laut (Rungus).


Sesuatu yg bukan dogmatis adalah perkara yang boleh di bahas, di debat, dipersoal dan di lupuskan jika di dapati ianya tak benar menurut fakta. Adalah satu RALAT dan ERROR paling besar dalam SEJARAH SABAH kalau di masukkan BANGSA KITA MOMOGUN RUNGUS adalah di jajah Brunei dan Sulu ratusan tahun. Ini tak masuk akal sama sekali. tiada campurtangan luar dalam bangsa kita sehinggalah british dan jepun datang di sini.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   5/11/2008, 8:07 pm

KRONOLOGI SEJARAH PENTABDIRAN AWAL DAERAH KUDAT
Sejarah Kudat bermula sejak kurun ke 18 hingga Perang Dunia Ke-II berasaskan sumber-sumber manifestasi berikut:-

1. Sultan Amir dari Sulu menyerahkan hartanya di Borneo kepada East India Company. Bendera East India Company dikibarkan di Pulau Balambangan pada tahun 1763.

2. Skim penempatan dibuka oleh East India Company di Pulau Balambangan pada tahun 1773.

3. Penempatan di Pulau Balambangan diserang oleh Sulu pada tahun 1775 dan ditutup.

4. Pada tahun 1803 penempatan di Pulau Balambangan dibuka semula dan pada tahun berikutnya penempatan berkenaan ditutup sekali lagi.

5. Tercetusnya pemberontakan Sharif Osman terhadap Inggeris di Teluk Marudu pada 19.08.1845.

6. Kudat menjadi Ibu Negeri North Borneo (Sabah) pada 17.12.1881 hingga 1884.

7. Kedatangan pertama kaum Hakka di Sabah yang mendarat di Kudat pada 04.04.1883

8.Jepun menduduki Kudat pada 01.02.1942

9.Pusat pentadbiran Daerah Kecil Banggi diisytiharkan di Pekan Karakit pada 01.01.1975.

10.Sistem Residensi serta jawatan Residen Kudat dihapuskan didaerah Kudat dalam tahun 1979
Source:
http://www.sabah.gov.my/pd.kdt/index_files/Page416.htm
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
gippa



Jumlah posting : 2
Location : Menggatal - Kudat
Registration date : 02.11.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   5/11/2008, 10:20 pm

Setujukah anda nenek moyang kita warga Brunei dan Sulu melalui penjajahan terhadap bangsa kita?

Ogumu naku oh pahlawan dot rungus? Isai oh kilo dot ongo ngaran dioti? Mad kiongo randavi kagi ong eh ongo pahlawan kulu. Varo taki ku dot kakal eh gumazo oh tolingo om kakal eh kikobol.

Mad ko it opining ku sid ongo tangon. Tapi amu insan ku kining ong bansa tokou lumawan dot bansa sulu om burunai. Tau no ma ong it ama om akiku amu nokorongou. Tapi monurut dot corita okon ko antad sid buuk dot sajarah tu memang ajalas no ino dialo bushido, bansa rungus mad amu insan dot gumama sid kuasa dot sulu om burunai. Sabagai bukti imot tokou sid budaya rungus. Iti budaya tokou rungus osodu pialatan mantad ko budaya dot sulu atau burunai iti bai ko dohon pandapat.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
myki
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   5/11/2008, 11:37 pm

kalau memangnya moyang kita pernah dijajah org brunei dan sulu tentunya sedikit sebanyak bahasa, adat resam kepercayaan, kebudayaan dan yang berkaitan di pengaruhi oleh masyarakat brunei atau sulu.

na poong urang puti mimang parna manjajah kita...yoti aki ongo karahati ogi momoros turang puti tosonlinsow linsow (pengaruh bahasa).
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Enuvung
Pinsan Haring


Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

PostSubyek: PAHLAWAN RUNGUS MASA SILAM YANG UNGGUL   6/11/2008, 9:09 am

Sebenarnya, inilah yang merisaukan saya.. bangsa kita tidak pernah menyimpan tinggalan sejarah yang bermakna dimasa sekarang.. yang tinggal cuma cerita dongeng yang berabad lamanya. Tidak seperti bangsa yang lainnya mereka ada tinggalan artifak yang membuktikan mereka itu ada.


Saya sependapat dengan Bushido bahawa tidak ada penguasaan Kerajaan Sulu. Nenek Moyang dimasa lalu tidak pernah membenarkan orang asing menjejaki tanah ini. mereka pasti bermati-matian mempertahankan bangsa ini daripada luput sebab itu ada cerita si Mogundahali dan Pahlawan Momogun yang ada KIKABALAN menentang penjajahan orang asing (Nenek Moyang saya ada pahlawan ini). Tuhan beri kekuatan kepada Pahlawan2 ini sebab itu ada cerita Rumandavi kepada Pahlawan2 dan juga Kisah Enuvung yang terkenal dengan Kecantikan Puteri Momogun pada masa lalu.



Bangsa sulu memang orang pertama yang pernah datang disini, sebab itu dulu ada kisah Pongiran om Dazang yang membuat petempatan ditepi laut. Dan disitulah penduduk Momogun berdagang dengan bertukar-tukar hasil hutan dengan segala garam, api, pakaian dan sebagainya. Kemudian Kaum Cina pula datang berdagang dan selang berapa lamanya barulah penjajahan british dan akhirnya penguasaan Jepun.



Tapi saya suka tegaskan disini, Kerajaan Sulu tidak pernah pun menguasai mahupun memerintah negeri ini. Bangsa ini juga tidak pernah pun menjadi Hamba Abdi kepada sesiapa pun. Orang Sulu dimasa lalu suka berperang jadi Penduduk Momogun tidak suka denga kehadiran mereka (Sebab itu ada Pampang Mangazou seperti di Simpang Mangayau, Torongkungan dsb). Orang British datang dinegeri ini dengan baik dengan membangunkan institusi pendidikan, Sosial dan Keagamaan. Tapi Orang Sulu apa yang mereka bawa?? Mereka boleh dikatakan singgah untuk berniaga ataupun berdagang semata-mata atau 'cari gaduh' orang bilang, dari zaman dahulu lagi. Tidak pernah dalam sejarah nenek moyang yang orang sulu pernah memerintah atau tuan punya tanah atau tempat ini. Niat mereka tidak kesampaian bah tu dari dulu lagi sabab ongo kukuat boh  yoti Aki tokou
iti kiongo Kabalan...



Kita jangan percaya atau goyah dengan kenyataan yang cuma diputar belitkan. Kalau diteliti sejarah sulu memang ada yang tidak betul dan sah sangat membohong. Ini kerana kegiatan penduduk Momogun yang remeh temeh pun tidak betul dalam buku mereka itu. Cubalah baca dan bandingkan dengan cerita nenek moyang kalian..
Sekian. Terus Pertahankan Bangsa Kita, Tanah Kita, Negeri Kita..
Enuvung Manisa
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Admin
Admin
avatar

Jumlah posting : 144
Location : Momogun Planet
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   6/11/2008, 7:43 pm

setelah tanah momogun di jual kepada british aki tumanggung karantud menggadai nyawa menentang british? Aki Kulindod di tangkap dan di bunuh british? Aki Lzinggab menjadi penyerang hendap kapal british dan banyak lagi yang akhirnya Kudat di tinggalkan oleh British ke sandakan.

cerita nenek moyang mengatakan ramai benggali telah tenggelam dalam teluk marudu di serang pahlawan rungus namun tiada satupun yang berminat menulis ttg semua itu.

Saya bertanya kepada mereka yang
berpendidikan yang ada ijazah dari U dan sebagainya.. apa pendapat anda
ttg kewarganegaan nenek moyang kita?

saya tidak setuju dengan catatan mengikut versi Brunei dan Sulu yg kononnya mereka telah memerintah bangsa Momogun. Catatan mereka itu adalah satu pemalsuan sejarah.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://momogun.page.tl
Admin
Admin
avatar

Jumlah posting : 144
Location : Momogun Planet
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   6/11/2008, 7:51 pm

Saya ingin menjelaskan kepada semua Momogun bahawa inilah yg terjadi pada zaman dulu di sekitar sabah. Kawasan Sulu
tidak mampu menjajah momogun.. demikian juga Brunei tidak pernah mampu
menjajah Momogun. Dari segi saiz geografi saja Sulu dan Brunei jauh
lebih kecil dari Tanah Momogun. Semasa zaman MONONSIOU (zaman
kepahlwanan Momogun) apabila berlaku kegiatan Lanun dari Laut Sulu dan
laut Cina Selatan maka bangsa Momogunlah yang menjaga perairan tersebut.[Momogun
Rungus.] Orang yg berlabuh di teluk bandau hidup kalau di izinkan
hidup.. tetapi kalau tidak oleh Galzaman Momogun maka tiadalah
hidupnya..

Semua tempat perdagangan barter di kudat adalah diatas kuasa Momogun dan
bukan milik Sulu atau Brunei. Satu-satunya tempat yg tiba-tiba diakui
oleh Sulu sebagai kawasannya ialah Teluk Bandau kerana ada kaitan dengan
Syarif Osman. Syarif osman bukanlah wakil sulu utk memerintah.

syarif
osman ambil kesempatan di Konopuan Mogkorudu yg di kosongkan oleh
momogun selama 100 tahun kerana menjadi puing tandus hasil perang SIHIR
SINDAAT MOGKORUDU (Mogkorudu = Marudu) oleh Aki Palzavan dan Aki Sook.


Menjelang hampir 100 tahun (menjelang penutupan kalender Momogun) masa
itulah sarif osman melakukan kegiatan lanun terhadap pedagang2 di teluk
bandau dalam setahun dua lamanya... sebelum berlaku pertarungan pedang
antara Aki Kolobon dan Sarif Osman.

Ketika Lanun dari polipin selalu memasuki Teluk Bandau para galzaman
Momogun membina pertahanan di Kg Pantai di Kanibongan Pitas... galzaman
Momogun belayar sampai di beluran dan mereka menguasai sebahagian
Kinabatangan. Aki Malaun dan Aki Kundapui merupakan pelayar yg selalu
berulang alik di Kinabatangan. Kedua tokoh Rungus itu pernah bersabung
buaya di sungai kinabatangan dalam legenda Pertarungan Buaya Berdarah
Putih dan Buaya berdarah Merah (Buaya Tomburulan melawan Buaya
Kinabatangan)..

Sejarah Momogun Rungus tidak pernah mengalah dalam istilah KETUANAN di
wilayah pesisir laut ini. Istilah ketuanan itu hanya mulai SUSUT
apabila kuasa Momogun menyusut dengan kedatangan bristish dalam
bangsa Momogun.

Saya tidak akan mengakui sama sekali
yang nenek moyang kami adalah jajahan Sulu dan Brunei sekaligus warga sulu dan brunei, selagi matahari
terbit dari timur dan terbenam ke Barat.

Malah kejadian pembelian Tanah Momogun oleh pihak british dari tangan
sulu ini setelah di sedari oleh Aki Tumanggung Karantud (the last of
rungus king dalam gelaran pihak british terhadapnya) nenek moyang kami
telah membuat Sumpahan yg di lakukan oleh Aki Tumanggung Karantud
terhadap Sulu kerana mengkhianati bangsa momogun dgn menjual bangsa
momogun.

Sumpahan kedua di lakukan oleh aki tumanggung karantud gagal kerana
penangkapan british terhadapnya.. Aki tumanggung karantud di tangkap
dan di buang daerah ke sandakan dan pada masa tua di hantar balik ke
kudat dan di kuburkan di kudat. ada yang percaya kononnya dia di buang
ke asutralia tapi tiada bukti yg sahih..

Sumpahan ketiga di lakukan oleh Aki Lzinggab sahabat Aki Tumanggung
Karantud. Sumpahan keempat di lakukan oleh Bobolizan Odu Todorom..

dan sehingga hari ini para bobolizan mulai pudar pengaruhnya pada
masyarakat rungus... yg tinggal hanya 20% dari suku momogun rungus yg
masih lagi mengamalkan agama labus..

dimanakah buktinya bangsa kita jajahan sulu? APAKAH MAKNA DAN DEFINISI PENJAJAHAN?
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   6/11/2008, 7:57 pm

Kamu tahukah apa itu PENJAJAHAN dan KERAJAAN?

Rakyat yang dijajah kehilangan hak memilih pemerintahan/pengendalian bangsa itu terhadap masyarakatnya menurut keinginannya. Berbeda dengan penjajahnya yang berhak menentukan nasib siapapun dinegara yang dijajahnya!

Apakah di nenek moyang kita di tentukan hidup dan resam mereka oleh sulu dan brunei? selain dari hubungan perdagangan barter tiada lagi kaitan sulu dan brunei dengan Momogun. Hubungan Ekonomi sahajalah yang wujud antara Brunei, sulu dan Momogun dari segi pemerintahan Momogun memerintah masyarakatnya dengan sistem undang-undang kesukuan mereka sendiri.

Penjajahan itu sendiri dalam definisinya adalah pendudukan oleh suatu negara / pemerintahan dengan menggunakan kekuatan bersenjata terhadap negara lainnya yang dijajahnya, akibatnya yang disebut penjajahan itu harus ada faktor kekuatan bersenjata oleh suatu negara asing, dan yang didudukinya juga harus merupakan suatu negara / pemerintahan, namun kes di Tanah Momogun ini ialah jangankan MENDUDUKI naik DARAT pun tak mampu… Nak menentukan siapa pemimpin dalam KESUKUAN MOMOGUN pun tak ada hak baik Sulu mahupun Brunei.

Sultan mana satu diantara Sulu dan Brunei ini yang pernah menundukkan Galzaman Momogun? Siapa yg pernah menawan mana-mana Kubu Pesisir pantai Momogun? Tulang-tulang mereka bersemadi di lautan di laut cina selatan dan teluk marudu. Apakah itu satu penjajahan dan bukti ketuanan mereka? Itu semua karut. Penipuan sejarah dan manipulasi ke atas Momogun yang belum tahu persuratan pada zaman itu. Bangsa yg tak tahu persuratan bukan bermakna bangsa yg tak tahu mempertahankan bangsa.

Sampai setakat ini semua handalan2 akademik Momogun Rungus yang boleh dianggap ada IQ dan kepintaran semuanya bersikap pengampu dan lembik dan bosukon.... ramai diantara kita yang hanya mengangguk dengan tulisan sejarah yg tidak adil tersebut.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   6/11/2008, 8:12 pm

Siapa yang mengiktiraf Kesultanan Sulu? Ia hanyalah di iktiraf oleh sebuah syarikat iaitu Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Secara umumnya Sulu dan Brunei tak pernah di iktiraf oleh nenek moyang kita sendiri sebagai penjajah dan penguasa bangsa kita. Apa yang nenek moyang kita lakukan mereka berperang habis-habisan di laut untuk pertahankan agar sulu tak ada kuasa di tanah momogun. hari ini generasi momogun rungus cukup memalukan. generasi kita hari ini menghina perjuangan dan kedaulatan bangsa sendiri. tiada harga yg kita berikan kepada apa yg di lakukan oleh pejuang nenek moyang kita. Kita menghirup udara pada masa kini kerana nenek moyang kita mempertahankan tanah ini tetapi kita pula nalapik sid tanah tu minanggavuk kihoiiiiiiii....

tidak hairan kalau akibatnya generasi ini hilang attitude dalam kata lain menurut kepercayaan agama lzabvus "generasi ini telah NOVUSUNG kerana menghina dan menganggap remeh perjuangan nenek moyang kita."



Tarikh Kesultanan Sulu Luput http://www.seasite.niu.edu/Tagalog/Modules/Modules/MuslimMindanao/historical_timeline_of_the_royal.htm

Pembayaran Sabah ke Sulu
http://www.royalsulu.com/issues.html
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
myki
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   6/11/2008, 9:04 pm

slalu pun sia dengar aki2 cakap 'hoturan do tangaki kodori'. bukan pon mereka cakap 'hoturan do sulu atau Burunai'...tida parna pun dingar mereka sebut2 itu sulu atau burunai (dalam tangon adalah tapi hubungan sebagai padagang saja)
Yang sy perna dingar tu muyang2 cakap lotud saja yg pernah mangazau diurang..tu pun mereka membunuh (momunso songbinatang)...dan merampas harta benda...

ki kobol po, ahakang po, kiansamung po ma it aki ku ponong sid andarason..kado tuturan nga ong kimot dot kapal sid rahat gavadon nopo do vatang tolombon nga otogob...jadi kalu memang betul (sebab kita punya aki2 dulu ada yang kebal) macammana mereka mau menghampiri ni tanah momogun...ni pula mau dikata menjajah

Atau beginila kali...itu urg burunai sama sulu tida parna nampak urang bansa lain...jadi bila mereka sampai sini tanah momogun...wui naaa sama pula 'rupa' (sama2 manusia) mereka dgn kita...jadi pandai2 la diurang buat2 cerita konon momogun adalah dari sulu...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Enuvung
Pinsan Haring


Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   7/11/2008, 8:30 am

ISO OH TOPIKIR KU DIDINO, NOKURO MA TU ASO NO KIONGO KUASA ATAU KIONGO KOBOL OH TONGULUN ONG BIANO?? BOLEH JADI HERO ZAMAN SEKARANG JUGA TU KALAU MASIH ADA LAGI MACAM TU KAN!! MACAM ITU LAGENDA ORANG  BARAT  BAH.. SUPERMAN, BATMAN DSB.. BOLEH JUGA JADI BUKTI PADA ZAMAN SEKARANG TU KALAU MASIH ADA.. 
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
myki
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   7/11/2008, 4:50 pm

yang sy pernah dengar la...org yg menuntut ilmu tu perlu pengawalan emosi terutamanya perasaan marah...kalau terlanjur menengking orang tidak kira ahli keluarga ke orang lain akan sakit atau meninggal. nikid vulan po mangaraha, perlu bertapa lg (hutan da gondol mcm mana mahu bertapa). kobungkut po ka do tuturan. kalau ada salah perbetulkan. itu tuturan sj tu...om kisioho ot tulun....ini pula cerita org terdekat ada ni konon mau mangansamung, 3 sodop pioipi monuhu mangatod sid pampang do pisavangan kabo...nga atalow...miningugul pi pampang ano nopususan o gina podrorosi panangkus i muli...dan mungkin juga sbb ini momogun sekarang da ramai yg masuk kristian...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Admin
Admin
avatar

Jumlah posting : 144
Location : Momogun Planet
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   7/11/2008, 5:40 pm

ogumu no nokosuvang dot korostian kakasan nga aso harati tu mapai-patai magavuk monungkamang sid badi... aso ot kinolzulzu'uvan dot korostian...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://momogun.page.tl
randagan
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   7/11/2008, 11:41 pm

manisa wrote:
ISO OH TOPIKIR KU DIDINO, NOKURO MA TU ASO NO KIONGO KUASA ATAU KIONGO KOBOL OH TONGULUN ONG BIANO?? BOLEH JADI HERO ZAMAN SEKARANG JUGA TU KALAU MASIH ADA LAGI MACAM TU KAN!! MACAM ITU LAGENDA ORANG BARAT BAH.. SUPERMAN, BATMAN DSB.. BOLEH JUGA JADI BUKTI PADA ZAMAN SEKARANG TU KALAU MASIH ADA..

Nokopituturan okoi dialo obpinai bushido ong ino dino. gamko varo dara harati dot mongililo dot piro po ot ulun dot rungus dot kiongo ansamung ka..ahakang ka..kikobol ka. tu mungkin varo e ot koporluan tokou dati tohudi tadau kiro-kiro ong raaton tokou dot bansa vokon..yang ponting no banal, varot maklumat tokou kogumuo dioti om sombo yoti..memang varo e dati ong ihimon ogi? kumoduvo..hal dot kuran gama mongodim dioti ong varot kahangkaban..kumotolu..kuran gama mangahatul dot su'ul dioti om kaapat..usahaon supaya it ongo kolulut di oti dino varo gama potungkus sid anganak atau varis dit kimozo yoti...kavasa e ino enuvung.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sahabat.forummotion.com/
randagan
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   8/11/2008, 12:09 am

Admin wrote:


Saya bertanya kepada mereka yang
berpendidikan yang ada ijazah dari U dan sebagainya.. apa pendapat anda
ttg kewarganegaan nenek moyang kita?

saya tidak setuju dengan catatan mengikut versi Brunei dan Sulu yg kononnya mereka telah memerintah bangsa Momogun. Catatan mereka itu adalah satu pemalsuan sejarah.

Berdasarkan cerita mulut ke mulut, saya juga tidak pernah mendengar bahwa nenek moyang kita pernah dijajah oleh Suluk/Tausug, malah dari segi fakta sejarahpun, tidak ada sebarang artikelpun yang mengatakan nenek moyang kita pernah berada di bawah takluk Suluk. Suluk ini pada saya, mungkin lebih terbilang dari bangsa Rungus ( pada zaman dahulu) disebabkan bilangan mereka lebih ramai, pembentukan siasah mereka lebih tertib atau tamaddun mereka lebih baik masa itu ( tapi sekarang, mereka hanya kebanyakannya penjual rokok haram dan penjenayah).

Saya secara peribadi, menentang sekeras-kerasnya kenyataan Rungus pernah dijajah oleh suluk kerana dari segi fakta sejarah sprt saya nyatakan dia atas, tidak ada bukti dan kedua, saya tidak teringin langsung berpemerintah sprt Suluk disebabkan sikap dan sifat mereka yang bengis, tidak toleran dan kadang2 tidak berhati perut ( sanggup membunuh walau dengan hanya sebab kecil) Kalau Brunei ok sikit..ha..ha..
Saya juga percaya, orang Rungus mempunyai sejarahnya sendiri khususnya dari segi kepahlawanan, tapi malangnya..tidak ada seorangpun yang berusaha menjejaki cerita itu yang pastinya lama kelamaan akan lesap dimamah zaman tanpa sempat diperturunkan kepada generasi baru jauh sekali untuk ada usaha ke arah penulisan yang boleh jadi sejarah sebanarnya. Jadi, saya bersetuju benar dengan saudara bushido untuk menyeru kepada yang berada dibidang penulisan atau sejarah..arigatoo.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sahabat.forummotion.com/
Enuvung
Pinsan Haring


Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   10/11/2008, 1:11 pm

ISO O ITUNGKU KANANGAN KO PERNYATAAN DI RANDAGANG O INONO, PERLU ADA PENGKAJI SEJARAH DIKALANGAN KITA. KITA SUSAH INI KALAU TIDAK JUMPA BAHAN BUKTI BAH UNTUK MENENTANG KENYATAAN SEPERTI ITU. TAPI KITA TIDAK TAU SIAPA DAN BAGAIMANA?
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   10/11/2008, 8:08 pm

saya bukan pakar sejarah tetapi saya adalah orang pertama yang akan menegaskan bahawa bangsa kita tidak di jajah. [boleh di baca di sabahforum]

Sebenarnya sejarah yang ada di tuliskan pada masa kini yg di gunakan dalam buku pelajaran adalah bukanlah fakta yang DOGMATIK maknanya bukan fakta yang tidak boleh di tolak.

sejarah itu hanya tertuliskan tetapi tidak ada menuliskan siapa pemerintah atau pembesar di tempatkan utk memerintah kita? dari segi perbendaharaan pun tiada? cukainya pun tiada? lantikan pembesar di sama pun tiada? campurtangan pun tidak ada?


TAHUKAH ANDA APA SEBENARNYA SISTEM DALAM BORNEO UTARA SELAMA ITU?

tulisan sulu dan brunei yg mengaku memerintah kita dan menjajah kita serta mengakui sebagai tuan keatas tanah Momogun adalah satu yang palsu yang bersifat politik.

Sistem pemerintahan di kalangan Momogun, Kadazandusun dan Murut adalah wujud pada zaman dulu. Sistem Pemerintahan dalam masyarakat Momogun memang wujud namun sistem pemerintahan itu bukanlah SISTEM BERAJA melainkan SISTEM PEMERINTAHAN KESUKUAN.

MOMOGUN RUNGUS memerintah bangsanya dengan PERINTAH-PERINTAH dan UNDANG-UNDANG MOMOGUN serta HUKUM-HUKUM AGAMA LABUS yang mereka ada. Sistem pemerintahan dan ketuanan Tanah ini tidak pernah di campuri oleh pihak luar baik brunei mahupun sulu. Ini memang banyak buktinya kerana catatan sejarah brunei dan sulu sendiri tidak mencatatkan apa-apa mengenai pemerintahan mereka keatas momogun. yang membagikan kawasan2 tanah Momogun adalah sesama pemerintah suku-suku momogun sendiri secara adat dan berdaulat dalam konteks Momogun. Itu adalah jelas satu pemerintahan.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   10/11/2008, 8:20 pm

Point Momogunology dalam perbincangan saya di Forum Ilovesabah

Untuk pengetahuan semua orang sabah terutama
penduduk peribumi yg di kenal sebagai KDM.. jangan sekali-kali di
tipu-daya dengan catatan sejarah sekarang ini yang tidak betul.

Pertama: Peribumi Sabah KDM sejak zaman dahulu tidak pernah di perintah Sulu dan Brunei.

Kedua:
retorik sejarah wujud dalam sejarah borneo di mana mereka melamsump kan
nenek moyang kita sebagai jajahan dan di bawah kuasa Sulu dan Brunei.
Ini adalah retorik sejarah yang akhirnya bila kita selidiki sendiri ia
hanyalah satu fakta diatas kertas tetapi dalam realitinya tidak pernah
terjadi. sejarah palsu lah ceritanya.

Ketiga: Sejarah Borneo
sekarang ni yg di tulis bukanlah satu DOGMATIS yang harus kita terima
sebaliknya kita harus perbetulkan sejarah dan menuliskan kenyataan yang
sebenarnya terjadi. Tidak ada kuasa tunggal di borneo dulu. Sulu tak
pernah menembusi kedaulatan suku kami pun. haruslah di fahami itulah
sejarah.

Keempat: Pemerintahan atau penjajahan bermakna satu
kuasa tentera dan kerajaan yang menggulingkan pemerintahan yang ada.
Namun hakikatnya sungguhpun suku kami tiada keRAJAan tetapi suku kami
ada PEMERINTAHAN. Maksudnya kami ada pemimpin walaupun tidak amalkan
sistem BERAJA.

Kelima: Penjualan pihak Sulu kepada sebuah
Syarikat British adalah tidak sah. Wang jualan tersebut menurut hukum
dan adat istiadat momogun rungus adalah wang haram yang tidak bersih.
Dalam hukum kami hanya Momogun yang berhak berurusan dalam hal Tanah
dan Petempatan di bawah gunung kinabalu. [Dalam hukum Islam saya tak pasti sama ada wang jualan keatas tanah momogun itu sah atau tidak dan saya berharap agar status wang jualan itu sah dalam hukum Islam atau tidak?] sebab jelas dalam hukum dan adat Momogun memang wang jualan antara syarikat dan sultan sulu itu adalah wang yg tidak sah dan tak bersih.

Keenam: Apakah
agendanya penulisan sejarah yang hanya di berikan keistimewaan buat
sulu? apakah mereka sangat menginginkan tanah nenek moyang kita? Sedang
tanah bangsa sendiri tak mampu di uruskan oleh mereka inikan pula tanah
nenek moyang kita yang selama ini sudah begitu jelas bahawa KDM sejak
dahulu mempunyai ketamadunan sendiri. Bersistem kemasyarakatan sendiri
dan berdaulat bagi suku-sukunya sendiri.

Ketujuh: Realitinya
Sabah pada zaman dahulu tidak di perintah oleh Brunei mahupun Sulu.
Hakikatnya sistem kesukuan adalah satu sistem umum yang wujud dalam
negeri ini. Setiap suku mempunyai sistem Hukum dan Perintah bagi
masyarakat mereka sendiri dan secara asasnya semua suku di kepulauan
Borneo dari Sabah, Sarawak dan Kalimantan di dapati bahawa sistem ini
adalah sama.

jika anda adalah orang sabah yang asli pasti anda
terfikirkan bahawa nenek moyang anda tidak pernah terpaksa jadi warga
Sulu mahupun Brunei. Retorik sejarah memang wujud contohnya yang jelas
ialah catatan sejarah Sabah sendiri.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
Enuvung
Pinsan Haring


Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   24/11/2008, 3:41 pm

Walau apa pun, buku-buku sejarah sekarang di Arkib negara ada mencatit dan  memperakui kesultanan sulu itu... pemerintahannya tidak berlangsung tapi pada mereka mengaku pemilikan kawasan borneo ini ditangan mereka... ini jelas kerana sampai sekarang negeri sabah masih membayar beberapa ratus ribu setiap tahun kepada kerajaan sulu.. yalah kononnya sabah telah dijual oleh sultan sulu kepada british pada masa itu... sekarang ini kita tidak dapat berbuat apa-apa... kalau kerajaan sabah tak membayar kepada kesultanan sulu apa akan jadi... apa pandangan kamu semua??
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
randagan
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 201
Location : Lahad Datu-Kudat
Registration date : 29.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   24/11/2008, 7:50 pm

Persepsi pihak pemerintah dengan dengan individu sudah tentu berbeza. Pada dasarnya secara peribadi, saya tidak setuju dengan syarat dimana kerajaan Sabah masih perlu membayar ( kalau tidak silap saya, 50,000.0/tahun) kepada Suluk atas sebab2 perjanjian yang pada saya satu perjanjian yang samar tanpa dapat dibuktikan dengan sebarang dokumen. Mungkin pada hemah pemerintah, pilihan ini (terpaksa terus membayar) lebih dari beberapa pilihan yang ada (jika ada) berbanding dengan risiko yang lebih dasyat dan kerugian yang lebih besar.

Tetapi persoalannya, sampai bilakah perkara ini harus perlu berlaku??? Kita rakyat Sabah terutama momogun, merasa kurang senang dengan keadaan ini juga merasa tidak puas hati dengan pihak kerajaan kerana membiarkan perkara ini berterusan tanpa tindakan penyelesaian secara total yang boleh membawa kepada penamatan isu ini. Apakah isu ini tidak boleh dirujuk kepada pihak Britain untuk meminta mereka mengeluarkan bukti sahih untuk menghentikan tuntutan suluk ini? Apkah perkara ini tidak boleh dirujuk kepada ICJ untuk menentu dan mencapai satu penyelesaian secara jangka masa panjang?

Kita masih merasa terancam dengan situasi ini sebenarnya. Kita tidak mahu berputih mata sekali lagi seperti mana kita kehilangan Batu Putih. Kerjaan perlu mengambil tindakan yang lebih konkrit, yang lebih baik dari tindakan "membayar ufti" kepada suluk. Bab inilah yang saya sangat-sangat tidak setuju - terus membayar ufti ini. Ini zaman modern, tidak wajar sama sekali masih ada kerajaan yang perlu membayar kepada pihak tertentu ( kesultanan suluk yang tidak dapat ditentukan statusnya samada masih ujud atau sebagainya- kalau masih ujud, siapa yang mengikhtirafnya?) sepertimana beberapa kerajaan di Tanah Melayu dahulu yang terpaksa bayar ufti kepada Siam. Kita rakyat Sabah perlu menggesa kerajaan supaya mencari jalan penyelesaian agar hidup kita dan anak cucu kita lebih terjamin, aman damai, sentosa dan sejahtera hendaknya.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://sahabat.forummotion.com/
myki
Pinsan Haring
avatar

Jumlah posting : 100
Location : kk
Registration date : 12.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   25/11/2008, 12:52 am

manisa wrote:
Walau apa pun, buku-buku sejarah sekarang di Arkib negara ada mencatit dan memperakui kesultanan sulu itu... pemerintahannya tidak berlangsung tapi pada mereka mengaku pemilikan kawasan borneo ini ditangan mereka... ini jelas kerana sampai sekarang negeri sabah masih membayar beberapa ratus ribu setiap tahun kepada kerajaan sulu.. yalah kononnya sabah telah dijual oleh sultan sulu kepada british pada masa itu... sekarang ini kita tidak dapat berbuat apa-apa... kalau kerajaan sabah tak membayar kepada kesultanan sulu apa akan jadi... apa pandangan kamu semua??

kalau sabah da d jual ole sultan sulu pda british masa dulu untuk apa lagi kerajaan sabah bayar ufti pada sultan sulu...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   25/11/2008, 1:03 am

Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
Enuvung
Pinsan Haring


Jumlah posting : 75
Registration date : 16.10.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   1/12/2008, 1:23 pm

saya terkesan dengan semangat kita untuk keluar dari cengkaman penakluk yang entahkan benar atau tidak. begitu juga dengan penjajah-penjajah yang datang dinegara kita dahulu kala.. Apa kan daya kita ini generasi muda dan pada masa itu mungkin kita belum pun ada didunia ini... mungkin mama bapa kita sudah ada waktu pendudukan jepun tapi waktu pemerintahan kerajaan sulu dan kerajaan Berunai bagaimana?? boleh dikatakan hubungan kerajaan sulu dengan british pada masa itu seperti diatas kertas sahaja.. tapi hubungan seperti itu membawa kesan sehingga sekarang..

ada satu penulis baru, orang suluk ni.. dia keluarkan buku dan terpapar melalui akhbar tempoh hari.. dia pernah masuk di homepage saya tempoh hari jadi saya kenal lah dia... dia ni memang penduduk peribumi sabah namun menyokong 100% kepunyaan sabah itu adalah kerajaan sulu... saya rasa dikalangan kita pun perlu ada orang yang seperti dia ini. Tujuannya adalah untuk menjadi bukti bahawa segala kenyataan kerajaan sulu dan tindakan pemerintah sabah membayar kepada kerajaan sulu setiap tahun itu tidak disokong oleh sebilangan rakyat sabah. Dan kita rakyat sabah sama sekali menafikan kenyataan sultan sulu yang sabah ini kepunyaanya... benda mecam ni kan membuat kita rakyat sabah ni tidak ada hak untuk bersuara... contohnya kenyataan sultan sulu seperti ini.... "kalau kerajaan Malaysia tidak membayar, baik pulangkan sahaja sabah itu dibawah kekuasan kerajaan sulu".. ia seolah-olah menguggut... jadi kita rakyat sabah baik buat tindakan sebelum pemerintah dgn pemerintah bertindak.. entah apapula akan jadi...

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/11134
http://tausug-global.blogspot.com/
http://taymanghud.blogspot.com/

kamu cek website si penulis ini...

Enuvung Manisa
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   1/12/2008, 10:13 pm

kalau jepun mereka datang ada buktinya mereka menjajah dan memerintah kita
dulu.. Kalau British semasa penjajahan ada bukti-buktinya kerana ada
kesan-kesannya pemerintahan mereka?

Sekarang melalui jurnal2 orang dan
pemerintahan kesultanan sulu apakah buktinya Momogun membayar UFTI? Apa sistem yang membuktikan mereka nenek moyang kita di perintah?
apa campur tangan mereka dalam sistem Pemerintahan kesukuan Momogun?

Tetapi
dalam sistem kebudayaan dan sistem masyarakat,dimana istana raja
pemerintahan sulu di Kudat? Berapa cukai-cukai yang di tetapkan? siapa nama
mereka yang memerintah secara langsung di bangsa Momogun? Apa perjanjian pemerintahan
mereka, pada tanggal bila, sistem apa yg di gunakan?

Sejarah palsu tidak
akan ada jawaban terhadap semua itu. Apa yang kita tahu bangsa kita dahulu dan
orang-orang sulu bekerja sama dalam PERTUKARAN BARANG-BARANGAN PERTANIAN dan
PERIKANAN. Itulah sejarah yang betul.... sejarah yang sebenarnya terjadi adalah hanyalah dalam perhubungan ekonomi.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
bushido
Pinsan Haring


Jumlah posting : 415
Location : Kudat - KL
Registration date : 22.09.08

PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   1/12/2008, 10:15 pm

ikuti perbincangan kami yang panas di Sabah Forum:
http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=28&t=2934&start=0&st=0&sk=t&sd=a&sid=aec7d333cc191c2f0f2db9e61c3db9e2

perbincangan itu memang panas. jadi jangan terlampau emosi utk membacanya.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.momogun.page.tl
Sponsored content




PostSubyek: Re: Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?   

Kembali Ke Atas Go down
 
Setujukah anda nenek moyang kita Momogun Rungus adalah warga Sulu?
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 2Pilih halaman : 1, 2  Next

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Momogunology Forum  :: Momogunology Lobby :: Momogun Ethnic Issues-
Navigasi: